Islam sebagai agama yang
membawa rahmat dengan syariat yang
menyeluruh menyinari kehidupan manusia.Keyakinan ini membawa kita agar sentiasa
ingin kembali kepada islam dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar
urusan.
Pendidikan adalah satu jalan yang utama untuk
mengembalikan manusia kepada fitrah yang patuh dan taat kepada Allah dengan
menjadikan islam sebagai cara hidup.Namun begitu dalam mendidik kita akan
berhadapan dengan cabaran-cabaran yang jika tidak ditangani dengan betul akan
membawa implikasi yang negatif bukan
sahaja kepada pendidik malah kepada kesyumulan islam itu sendiri.
Dalam menghadapi cabaran
dalam pendidikan hari ini ada dikalangan ibubapa dan pendidik mengambil jalan
dengan menjadikan tindakan merotan anak atau murid sebagai penyelesaian kepada
masalah disiplin dan membentuk sikap serta tingkah laku murid atau
anak-anak.Persoalannya adakah ianya sebahagian dari kesyumulan islam atau ianya
adalah sekadar ikutan dan tradisi dalam pendidikan ataukah ia merupakan cara
orang-orang tidak bertamadum dalam mendidik anak-anak?
KEBENARAN MEROTAN DALAM ISLAM
Secara umumnya islam
memberi kebenaran melakukan tindakan menghukum anak-anak dengan cara memukul (termasuk
merotan). Namun demikian ia perlu memenuhi beberapa syarat agar tindakan
tersebut dikategorikan sebagai wasilah pendidikan dan melahirkan natijah yang
positif dari anak-anak dan ibubapa atau pendidik itu sendiri. Sabda nabi s.a.w
:
مروا أولادكم بالصلاة
وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا بينهم في المضاجع
" suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat pada usia tujuh
tahun pukullah atas perkara itu pada usia sepuluh tahun dan asingkan tempat
tidur mereka"
Kefahaman dari nas di atas menunjukkan tidak ada
perbezaan dalam menyuruh anak mendirikan
solat samada anak lelaki atau perempuan seterusnya juga tidak ada perbezaan
segi hukumannya kerana suatu perintah dalam nas jika ditujukan kepada lelaki maka
adalah termasuk perempuan melainkan ada nas lain yang membezakannya.
Oleh demikian hukum memukul (merotan) secara umumnya
boleh dilaksanakan pada anak lelaki dan perempuan, kerana kedua-duanya terdedah
kepada unsur-unsur yang membawa kepada salah laku dan perlu kepada langkah
`penta`diban` untuk membetulkannya.
Begitu
juga firman Allah;(al nisa` 34)
…وَاللَّاتِي
تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ
فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ…
Wanita-wanita yang
kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di
tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.
Namun
demikian dalam mengambil tindakan ini diperhatikan beberapa perkara yang mesti
di patuhi agar tindakan tersebut menghasilkan natijah yang membantu kepada
proses pendidikan anak-anak kearah membentuk peribadi yang selari dengan tujuan
dan matlamat penciptaan manusia.
BERPERINGKAT DALAM
MENGHUKUM
Sebelum tindakan merotan
diambil hendaklah didahului dengan tindakan-tindakan yang lain terlebih dahulu
sebagai langkah mengingatkan anak-anak atau murid terhadap kesalahan yang
dilakukan seperti:
1-Menyuruh berhenti
dari sesuatu kesalahan itu dan menyuruhnya melakukan perbuatan yang betul dan
baik. Sebagaimana dalam hadis terdahulu bahawa diperintahkan agar disuruh anak-anak supaya bersolat
sebelum tindakan merotan diambil.
2.Menerangkan
rasional sesuatu perbuatan itu dilarang atau tidak dibenarkan melakukannya
sebagai mana di tunjukkan oleh nabi s.a.w
الحسن
بن علي تمرة من تمر الصدقة . فجعلها في فيه . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " كخ
كخ . ارم
بها . أما علمت أنا لا نأكل الصدقة ؟
‘ Hasan Bin Ali r.a mengambil
sebiji tamar dari tamar yang disedekahkan dan hampir memakannya lalu berkata
nabi s.a.w.`kha,kha,buangkannya,adakah kamu ketahui bahawa kita tidak memakan
pemberian sedekah’
3.Mengambil tindakan
lain yang lebih ringan seperti yang dilakukan oleh nabi s.a.w terhadap Abdullah
ibn Abbas dengan menarik telinga beliau r.a untuk agar Abdullah berada hampir
dengan baginda dalam solat malam: ( صحيح البخاري
- 4570)
4.Memberi amaran
dengan cara menunjukkan kayu rotan sebagai mana perintah nabi dalam kitab sohih
Adab Mufrad oleh Imam Al bani dan di riwayatkan oleh Ibn Abbas:
أن النبي صلى الله
عليه وسلم أمر بتعليق السوط في
البيت
`Sesungguhny nabi s.a.w menyuruh mengantungkan rotan dirumah`
Jika semua tindakan di
atas tidak memberi kesan terhadap perubahan perlakuan anak-anak maka ketika itu
barulah beralih kepada tindakan merotan.Pada masa yang sama hendak memenuhi beberapa
kriteria:
NIAT MEROTAN
Setiap
tindakan itu sangat berkait rapat dengan niat bagi menentukan apa yang akan dicapai diakhirnya, justeru itu
tindakan merotan hendaklah dengan yang niat ikhlas bertujuan mendidik bukan sekadar
melepaskan kemarahan atau geram,atau kepuasan hati individu yang merotan
terhadap anak-anak atau murid.
USIA
Mengikut
kefahaman dari nas hadis yang telah dikemukakan maka usia anak yang boleh
diambil tindakan merotan keatasnya adalah tidak kurang dari sepuluh tahun
kerana pada usia tersebut anak-anak sudah mampu memahami tindakan yang
dikenakan katasnya.Namun demikian Al syeikh Ibn Baz dalam fatwanya mengatakan
bahawa adalah seorang ibubapa dibolehkan menghukum anaknya dengan pukulan yang
ringan dan tidak memudharatkan dalam rangka membetulkan akhlaknya walaupun
belum mencapai usia sepuluh tahun. ( http://www.binbaz.org.sa/mat/17865)
JUMLAH PUKULAN
Pukulan
rotan yang dikenakan hendaklah tidak boleh melebihi sepuluh kali pukulan,sesuai
dengan saranan nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam
satu hadis sohih oleh imam Al Bukhari rahimahullah:
لا
يجلد
فوق
عشر
جلدات إلا في حد من حدود الله
صحيح البخاري -: 6848
‘Janganlah kamu merotan melebihi
sepuluh kali pukulan melainkan dalam perlaksanaan hukum hudud’
Maka adalah menjadi satu
kesalahan besar bahkan merupakan kezaliman terhadap anak-anak jika berlaku
jumlah pukulan melebihi sebagai mana tersebut dalam proses penta`diban
anak-anak.
MELAKUKAN DENGAN CARA YANG BETUL DAN
SELAMAT
Jika sekiranya tindakan
merotan perlu dilakukan melebihi satu pukulan maka hendaklah ianya melalui
kaedah yang betul agar ianya selari dengan niat asal iaitu mendidik bukan
mendera dan menyakitkan antaranya:
1.
Hendaklah dimulakan dengan nama
Allah dengan harapan pukulan ini melahirkan natijah yang baik.
2.
Hendaklah sasaran rotan itu pada
tempat berbeza agar tidak menyebatkan kesakitan yang bersangatan pada satu
tempat.
3.
Hendaklah diberikan jarak masa
yang munasabah antara satu pukulan
dengan pukulan seterusnya.
4.
Hendaklah hayunan tangan tidak
melepasi paras bahu ini membolehkan ibubapa atau guru yang merotan mengawal
kekuatan pukulannya agar tidak mencederakan anak-anak atau muridnya.
5.
Menghentikan pukulan apabila
anak atau murid menyebut nama allah
tanda menyesal atau bertaubat. Sebagaimana sabda nabi s.a.w yang sohih riwayat Abu
Said Al Khudri dalam kitab Tahkhrij Miskat Al Masobih oleh Ibnu Al Asqalani:
إذا
ضرب
أحدكم
خادمه
فذكره الله فليمسك
`Apabi seseorang memukul khadamnya
lalu ia menyebut nama allah hendaklah dia menahannya(berhenti`(
(untuk rujukan lanjut-القعاب المدرسي عند بعض التربيين
المسلمين-دزعبد المنعم عثمان صبير )
TEMPAT YANG DIROTAN
Seperti
mana yang telah dinyatakan bahawa dilarang melakukan pukulan pada satu tempat
berturut-turut dan pada masa yang sama hendaklah dipastikan tempat tersebut bukanlah bahagian muka sesuai dengan
larangan nabi dalam hadis sohih dari Abu Daud yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
إذا
ضرب
أحدكم
فليتق
الوجه
سنن أبي داود -
كِتَاب الْحُدُودِ
`Apabila seseorang dari kamu
memukul maka elakkanlah dari bahagian muka`
Al Qabisi dalam bukunya
Hukum-hukum Guru Dan Murid menaqalkan bahawa seseroang itu hendaklah
mengelakkan dari bahagian mata dan muka ketika menghukum (merotan) anak atau
muridnya,beliau juga mengatakan bahawa tempat yang paling selamat dan sesuai
adalah bahagian kaki.
SITUASI ORANG YANG MEROTAN
Kepada sesiapa yang mengambil keputusan untuk
bertindak dengan merotan anak atau murid hendaklah mereka itu mengawal hati dan
perasaan mereka ketika itu dari kemarahan dan kebencian bahkan hendaklah
berusaha menumbuhkan dan melahirkan rasa cinta dan belas kasihan pada anak atau
murid atas tindakan tersebut dan dengan penuh kesedaran bahawa tindakan yang
diambil adalah dengan tujuan untuk mendidik dan membetulkan kesilapan yang
berulang.
Juga adalah dilarang
sama sekali semasa merotan itu disertai dengan sumpah seranah atau cacian
terhadap anak dan murid yang di rotan, kerana setiap kata dari guru atau
ibubapa itu adalah doa. Jika kata-kata yang buruk dihamburkan maka seolah-olah
mereka mendoakan keburukan kepada anak atau murid itu. Hal ini dilarang keras dalam
islam;
Dalam satu hadis sohih oleh Abu Daud dari
Jabir bin Abdullah Al Ansori:
لا
تدعوا
على
أنفسكم
ولا تدعوا
على
أولادكم ولا تدعوا
على
خدمكم ولا تدعوا
على
أموالكم لا
توافقوا من الله تبارك وتعالى ساعة نيل فيها عطاء فيستجيب لكم
`Janganlah kamu memohon/menyeru keburukan
keatas diri kamu,dan jangan kamu memohon/menyeru keburukan keatas anak-anak
kamu dan janganlah kamu memohon /menyeru keburukan keatas harta benda
kamu,dibimbangi beersesuian dengan waktu Allah s.w.t menerima permintaan lalu
diperkenankan bagi kamu`
Kesimpulan
Permasalahan rotan dalam proses
pendidikan adalah satu realiti yang pernah dilalui oleh kebanyakan dari
kita.Khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam pendidikan. Segala maklumat yang telah dikemukan secara ringkas
dalam artikel ini diharapkan menjadi sebahagian dari garis panduan dalam
mengambil tindakan tersebut. Walau pun sebahagian ada yang berpendapat adalah
tidak perlu tindakan rotan dalam proses pendidikan tapi keadaan dan suasana
hari ini sebenarnya membuktikan sebaliknya, sebagaimana disebut dalam syair
arab.:
العلم ينفعهم والضرب يرفعهم ولولا ضربهم ما حفظوا الكتبا
`Ilmu itu memberi manfaat kepada mereka Sedangkan pukulan itu mengangkat kedudukan
mereka.
jika tidak kerana pukulan nescaya mereka tidak mengingati buku`
Tindakan ini ia akan
memberi kesan yang positif jika sekiranya di patuhi syarat dan peraturan yang
digariskan oleh islam.Selama kita berpegang kepada apa yang digariskan oleh
islam maka selama itulah kita akan dijamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Sama-samalah kita
memohon keampunan dari Allah s.w.t atas
segala kesilapan dan kekurangan kita selama ini.Sesungguhnya Allah itu maha
pengasih lagi maha Pengampun.
Imam 3 MBR
Kuantan.
No comments:
Post a Comment