Tuesday, 31 December 2013

Fadilat Surah Al-Mulk


Surah Al-Mulk ( Terjemahan Surah )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai     pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). 

3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 

4. Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
 
5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 

7. Apabila mereka dicampakkan kedalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. 

8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan kedalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?" 

9. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): "Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"

10. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendegar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka ". 

11. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. 

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. 

13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 

14. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. 

15. Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
 
16. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang- balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

17. Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? 

18. Dan demi sesungguhnya! Orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul- rasulnya lalu mereka dibinasakan) dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. 

19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan mengatupnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (Kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

20. Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya
 
21. Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). 

22. Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul), yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? 

23. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiadakepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamubersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". 

24. Katakanlah lagi: "Dialah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". 

25. Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"


26. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata"
 
27. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikanitu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka) "Inilah dia yang dahulu kamu kerapkali minta disegerakan kedatangannya!" 

28. Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka) "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkankamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

29. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dialah Yang MahaPemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang KepadaNya kami berserah diri oleh itu kamuakan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata". 

30. Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"

Fadhilat Surah Al-Mulk 

Abu Hurairah Radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati (memberi syafa'at) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."

Nota: Surah al-Mulk juga dikenali sebagai surah Tabarak-al-ladhi 

Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara solat Maghrib dan Isya adalah seumpama seseorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke 9 didalam kiraan Islam . 

Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puloh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam 'Laila-tul-Qadr'. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tirmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e-Abbas radi-Allaho 'anho; "Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah disatu tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur.Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Merekapun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir Radi-Allaho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk).

Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan hahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku." Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala." Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah! jikalau aku ini berada didalam KitabMu, maka terimalah syafa'atku, jika tidak hilangkanlah sahaja daku ini daripada KitabMu!'. Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya keatas rnayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur." la telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihan surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah ia membaca dua surah ini.

Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. 

Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah ia menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka. Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. 

Barangsiapa terselamat daripada azabnya peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampuananMu. 










Koleksi Ceramah Agama

Ceramah Hj Yasim Mohamed



Hj Yasim Mohamed - Pengimarahan dan Pentadbiran Masjid,Masjid At-Taqwa, 2.7.2013
http://www.mediafire.com/download/u7gbtzdgobm6acd

Monday, 30 December 2013

Hadith Hari ini 30/12/2013


Bab kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
  Hadis sahih riwayat Bukhari    

  Bab hamba harta

  وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم  تَعِسَ عَبْدُ اَلدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullahs.a.w.bersabda:
Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika tidak diberi ia tidak rela
Riwayat Bukhari  

  Bab  Minta pertolongan

  وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ: يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَسَنٌ صَحِيحٌ Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku pernah di belakang
Rasulullah s.a.w. pada suatu hari dan beliau bersabda:
Wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah niscaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah niscaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah. Riwayat Tirmidzi. Ia
berkata: Hadits ini shahih.    

  Bab : Berzuhud

  وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ:
 جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اَللَّهُ وَأَحَبَّنِي اَلنَّاسُ. فـقَالَ: اِزْهَدْ فِي اَلدُّنْيَا يُحِبُّكَ اَللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ اَلنَّاسِ يُحِبُّكَ اَلنَّاسُ
 رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَسَنَدُهُ حَسَنٌ
Sahal Ibnu Sa'ad r.a. berkata:
Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w  dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang mereka akan mencintaimu.

Riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan.    

  Bab : Meninggalkan perkara sia-sia

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ اَلْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَسَنٌ Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadits hasan.    

  Bab : Segera uruskan jenazah

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ, فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا إِلَيْهِ, وَإِنْ تَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
"Bersegera dalam mengurus jenazah, karena jika ia baik maka engkau telah memajukan suatu kebaikan untuknya, dan jika tidak maka engkau menurunkan suatu kejelekan dari lehermu."
Muttafaq Alaihi.

Sunday, 29 December 2013

Kopi Luwak (Musang)



Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)


hukum-minum-kopi-luwak
Pernahkah kita minum air Kopi Luwak (musang). Dimana Kopi Luwak Musang ini sangat terkenal suatu ketika dahulu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
on Saturday, December 28, 2013 
Kredit : Jakim

Laut Terbelah di Korea Selatan


Subhanallah!! Fenomena Laut Terbelah Di Korea Selatan



24 Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004.


Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH.

Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH.

Fenomena hebat yang menakjubkan yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan.

Kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. 

Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.






Saturday, 28 December 2013

15 Ciri Pengikut Syiah

  



Arrahmah.com) - Indonesia tengah menjadi target Syi’ahisasi besar-besaran. Hingga kini banyak pengikutnya berada di berbagai wilayah Indonesia, terutama di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan.

Jumlah penganut Syiah di Indonesia Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) Jalaluddin Rakhmat, pernah mengatakan kisaran jumlah penganut Syiah di Indonesia , “Perkiraan tertinggi, 5 juta orang. Tapi, menurut saya, sekitar 2,5 jiwa,” kata Kang Jalal, sapaan Jalaluddin Rakhmat. Pemeluk Syiah, kata Kang Jalal melanjutkan, sebagian besar ada di Bandung, Makassar, dan Jakarta. Selain itu, ada juga kelompok Syiah di Tegal, Jepara, Pekalongan, dan Semarang; Garut; Bondowoso, Pasuruan, dan Madura.
Diperkirakan, kebanyakan dari mereka sedang melakukan taqiyah dalam rangka melindungi diri dari kelompok Sunni. Taqiyah adalah kondisi luar seseorang dengan yang ada di dalam batinnya tidaklah sama. Memang taqiyah juga dikenal di kalangan Ahlus Sunnah. Hanya saja menurut Ahlus Sunnah, taqiyah digunakan untuk menghindarkan diri dari musuh-musuh Islam alias orang kafir atau ketika perang maupun kondisi yang sangat membahayakan orang Islam.
jalaludin nggak rahmat

Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI), Jalaluddin Rakhmat.
Sementara itu menurut Syi’ah bahwa Taqiyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyah dilakukan kepada orang selain Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Al Quran Syi’ah adalah sama dengan Al Quran Ahlus Sunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi’ah.
Menurut Ali Muhammad Ash Shalabi, taqiyah dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran; Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam hatinya.  Kedua, taqiyah digunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan
Menurut Syaikh Mamduh Farhan Al-Buhairi di Majalah Islam Internasional Qiblati, ciri-ciri pengikut Syi’ah sangat mudah dikenali, kita dapat memperhatikan sejumlah cirri-ciri berikut:
  1. Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenal umumnya masyarakat Indonesia, songkok mereka seperti songkok orang Arab hanya saja warnanya hitam.
  2. Tidak shalat jum’at. Meskipun shalat jum’at bersama jama’ah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan mengira dia mengerjakan shalat sunnah, padahal dia menyempurnakan shalat Zhuhur empat raka’at, karena pengikut Syi’ah tidak meyakini keabsahan shalat jum’at kecuali bersama Imam yang ma’shum atau wakilnya.
  3. Pengikut Syi’ah juga tidak  akan mengakhiri shalatnya dengan mengucapkan salam yang dikenal kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
  4. Pengikut Syi’ah jarang shalat jama’ah karena mereka tidak mengakui shalat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu saja.
  5. Mayoritas pengikut Syi’ah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah yaitu batu/tanah (dari Karbala – redaksi) yang digunakan menempatkan kening ketika sujud bila mereka shalat tidak didekat orang lain.
  6. Jika Anda perhatikan caranya berwudhu maka Anda akan dapati bahwa wudhunya sangat aneh, tidak seperti yang dikenal kaum Muslimin.
  7. Anda tidak akan mendapatkan penganut Syi’ah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlus Sunnah.
  8. Anda juga akan melihat penganut Syi’ah banyak-banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiyallahu anhum.
  9. Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Utsman, mayoritas sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
  10. Pada bulan Ramadhan penganut Syi’ah tidak langsung berbuka puasa setelah Adzan maghrib; dalam hal ini Syi’ah berkeyakinan seperti Yahudi yaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah nampak di langit, dengan kata lain mereka berbuka bila benar-benar sudah masuk waktu malam. (mereka juga tidak shalat tarwih bersama kaum Muslimin, karena menganggapnya sebagai bid’ah)
  11. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jamaah lain, sementara itu mereka mengklaim tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
  12. Anda tidak akan mendapati seorang penganut Syi’ah memegang dan membaca Al-Qur’an kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah (kamuflase), karena Al-Qur’an yang benar menurut mereka yaitu al-Qur’an yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
  13. Orang Syi’ah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menampilkan kesedihan di hari tersebut.
  14. Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di perguruan tinggi atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut bila nantinya mereka menerima agama Syi’ah. Oleh sebab itu Anda akan dapati;
  15. Orang-orang Syi’ah getol mendakwahi orang-orang tua yang memiliki anak putri, dengan harapan anak putrinya juga ikut menganut Syi’ah sehingga dengan leluasa dia bisa melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan sepengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syi’ah, maka para pengikut Syi’ah yang lain otomatis telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berhasil meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda, sehingga dengan mudah para pengikut Syi’ah menjerat mereka bergabung dengan agama Syi’ah.
Ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri lainnya, sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktis ialah dengan memperhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika Anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila Anda menghujat Abu Bakar, Umar, Utsman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat lainnya radhiyallahu anhum tidak ada sedikitpun tanda-tanda kegundahan di wajahnya.
Akhirnyadengan hati yang terang Ahlus Sunnah dapat mengenali pengikut Syi’ah dari wajah hitam mereka karena tidak memiliki keberkahan, jika Anda perhatikan wajah mereka maka Anda akan membuktikan kebenaran penilaian ini, dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan menyepelekan para sahabat Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan para ibunda kaum Musliminradhiyallahu anhunn yang dijanjikan surga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita memohon hidayah kepada Allah untuk kita dan mereka semua.
Wallahu a’lam.

Written By canang on Sabtu, 28 Disember 2013 | 12/28/2013 06:27:00 PTG


Friday, 27 December 2013

30 Kelebihan Selawat


[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]

1)    Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang   berselawat keatasku 
       sekali, nescaya Allah  akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali  ganda 
       - (HR Muslim.)


2)  Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita  mengamalkan berselawat                                                        sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan  solat fardu. 


3)  Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali   sehari, insya 
     Allah akan  dipermudahkan bertemu jodoh  sama ada lelaki @  wanita. 


4)  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan 
     minum.   Insya  Allah,  perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 


5)   Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu 
     akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan 

    dikurniakan   kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk 
    menerokai pelbagai ilmu. 


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah 

    dirinya akan  lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 


8)  Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada    

     malam   Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang 
    dihadapi oleh  para  nabi. 


9)  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada  

     sifat   tercela  hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya 

      Allah akan   beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 


11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan 

      mengindahkan   akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 


12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan 

      sesuatu  ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 


13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari 
       akan dapat   keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari 
       keredhaanNya. 


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin 

      keselamatan hidup  dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat 
      kita menghadapi kesukaran hidup. 


15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat 

      Subuh, Maghrib  & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada 
      sebarang bencana. 


16)  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, 

      Allah akan  memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh 
      serta bahaya fitnah. 


17)  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan 

       kekeruhan  jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat 
       keampunan daripadaNya. 


18)  Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan 

       terpelihara  hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang 
       melalaikan. 


19)  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan 

       memperolehi  keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat 
       kemurkaan Allah. 


20)  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat 

       berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW 

      dalam  mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas    
       solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan 
       bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat   

       sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 


25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira 
       berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit 
       berbahaya yang lain. 


26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan 
       keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 


27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan  
      yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan 
       sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang    
       berterusan. 


29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali 
      pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan 
      bercahaya  - HR Abu Naim. 


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu 

      pagi dan  10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku 
      pada hari kiamat  - HR Thabrani

Sukarelawan Masjid

SUKARELAWAN  MASJID  (SUKMAS )

Assalamualaikum,

Kepada jemaah kariah Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bukit Rangin,
Tuan/puan dipelawa untuk menyertai pasukan "Sukarelawan Masjid"
yang  akan memulakan operasinya pada  Januari 2014.

1.    Siapakah yang layak memohon?
       a.  Pesara (tiada had umur)
       b.  Penjawat Awam/Swasta
       c.  Pelajar 12 tahun ke atas (Sek. Men. / Remaja / Kolej / Universiti)
       d.  Pelajar 10 - 12 tahun (perlu kebenaran ibu bapa)
       e.  Lelaki dan perempuan

2.    Apakah tugasannya? 
       a.  Membantu meningkatkan taraf kebersihan dan keceriaan masjid
       b.  Menjayakan apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh masjid
       c.  Memberikan bantuan kepada pelawat-pelawat yang datang ke masjid

3.    Bila pula masa bertugas?
       a.  Masa bertugas adalah pilihan anda sendiri, pilih, tetapkan dan jalankan
   

Pemuda Yahudi


Kisah pemuda yahudi memeluk Islam!!


Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ‘10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini.

Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..

Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan? Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar…….

Michael David Shapiro