Kisah pemuda yahudi memeluk Islam!!
“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga
hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak
aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan
kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara
tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang
pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku
pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku tanya dia pasal sembahyang 5
waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian
kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam,
Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak
perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan
berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku
perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk
mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku.
Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada
satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku
perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan
pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan.
Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang
membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap
rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku
akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih
tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab
terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan
ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa
kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula
cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala
otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan
sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab
keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada
satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni
Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan,
beberapa Rasul, ‘10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa
Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya
‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan
mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam
tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal
(menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan
jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia?
Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan
tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya
seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu
zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang
ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni
tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan
atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam
hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu
tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua
ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan
percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan
perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat
terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita
telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu
dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan
menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan
sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang
berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi
begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah
melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu
orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan
sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan?
Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak
logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu
dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?”
Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu
kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat
terima kepercayaan begini.
Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu
tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada
fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali
seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada
yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat.
Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun
yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi
aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah
Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas
ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya
selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran
yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca
dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama
sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di
dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak
ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau
Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan
mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab
berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..
Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan
“ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan
menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama
seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah
orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi,
kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan
fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab
suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan
rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik
adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan
dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan? Menamakan
sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal
atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada
manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan
yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan
Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang
ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk
manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk
akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti
sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada
pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya
tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap
syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam
kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Michael David Shapiro
No comments:
Post a Comment