Tuesday, 18 November 2014

TIGA KUMPULAN MANUSIA - Mana Satu Kumpulan Anda?

Baru sahaja kita menyambut Maal Hijrah dan sedar tak sedar kita telah berada dalam minggu terakhir bulan Muharram. Sedarkah kita bahawa dengan berakhirnya bulan atau tahun dalam hidup kita maka tempoh usia kita semakin sedikit. Malah setiap detik masa berlalu maka tempoh ini akan berkurangan.
 
Apabila kita bertemu dengan saat yang baru, hari yang baru, bulan yang baru atau tahun yang baru maka tidak dapat tidak manusia akan jatuh dalam salah satu daripada tiga kumpulan berikut:
  1. Manusia yang umurnya bertambah maka ilmu dan amalannya bertambah
  2. Manusia yang umurnya bertambah tapi amalan nya berkurangan
  3. Manusia yang umurnya bertambah tapi tiada pertambahan ilmu dan amalan nya
Ketahuilah bahawa majoritinya manusia jatuh dalam kumpulan ketiga. Alangkah malangnya jika kita termasuk dalam kumpulan tersebut.
 
Alangkah celaka nya kita jika jatuh kedalam kumpulan kedua. Berdoalah dan berushalah supaya kita berada dalam kumpulan pertama.

Sebagai contoh:
  • Untuk menambah ilmu hadir lah kita kemajlis-majlis yang ada dimasjid, surau atau dimana-mana saja.
Majlis ilmu sedang berjalan
  • Bersedekah lah harta dan/atau tenaga untuk kebajikan seperti mengimpakan harta kerumah anak-anak yatim dan sebagainya mengikut kemampuan kita.

Bersedekahlah supaya ia menghapuskan kesalahan seperti air memadam api.
  • Lakukan amalan-amalan lain seperti memperbanyak solat-solat sunat, berpuasa sunat, berzikir harian dan lain-lain.
Solat itu tiang agama
 
Zikir harian yang diboleh dilakukan hampir setiap masa.
 
Semuga usha-usha kita diredhai dan diberkati Allah, in sya Allah.

KULIAH MAGHRIB - 20 November 2014

 
Satu kuliah maghrib akan diadakan di Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin seperti berikut:
 
Tarikh:           20 November 2014
Masa:             Selepas maghrib
Penceramah:  Ustaz Ahmad Fawwaz B Fadhil
 
Ustaz Fawwaz adalah seorang penceramah yang tak asing lagi dan beliau sering berceramah di TV9, TV3 dan TV Al-Hijrah.
 
Semua ahli kariah Masjid Saidina Othman dan kawasan sekitar nya di jemput hadir bersama.
 

 
 
 

Sunday, 9 November 2014

KULIAH MAGHRIB OLEH UST MAHMUD MAT

Satu kuliah maghrib telah diadakan dimasjid ini dengan penceramah yang tak asing lagi iaitu Ustaz Mahmud Mat.

Ustaz Mahmud Mat adalah salah seorang penceramah di Radio Malaysia Pahang.

Setelah agak lama tidak berkuliah di sini, maka pada malam ini kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan berpeluang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ust Mahmud. Seperti biasa kuliah beliau padat dengan pengisian rohani dan beliau juga menyentuh isu isu semasa.
 
Kemelut berkenaan dengan isu 'I want to touch a dog', lelaki berpakaian wanita adalah isu isu hangat yang disentuh dan beliau telah memberikan penjelasan berdasarkan hukum-hukum Islam yang bersabit dengan nya.
 
Beliau juga mengingatkan para hadirin supaya lebih berusha untuk bertakwa kepada Allah dan menyeru kepada amal maaruf. Walaupun ramai yang hadir kesurau atau masjid untuk melakukan ibadat dan mencari ilmu agama, tak kurang ramai juga masyarakat yang masih tidak mempedulikan perintah Allah sambungnya.

Diantara jemaah yang hadir

Ketidak perhatinan kita kepada masyarakat yang lalai dan hanyut dengan hal hal keduniaan ini boleh menyebabkan kita sama sama diazab oleh Allah swt kelak. Kerana Allah cepat menurunkan bala/azab kepada masyarakat yang lalai kepada perintah Nya. Oleh kerana kita tidak berusha untuk mencegah kemungkaran ini maka bala dan azab ini juga boleh menimpa kita.
 
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami dan ampunlah segala dosa kami.

Sunday, 2 November 2014

KELAB MEMANAH MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN

Hari ini latihan memanah untuk ahki ahli kelab sekali lagi diadakan. Turut hadir ialah beberapa ahli baru yang menunjukan minat yang tinggi dan berkemampuan menjadi pemanah yang baik.

Manakala ahli yang lama makin menunjukan 'skill' yang sangat memberansangkan. Terima kasih kepada jurulatih yang sentiasa menunjuk ajar kami semasa latihan ini.

Ahli Kelab melakukan senanam sebelum latihan.

Senanam lagi!

Latihan memanah sedang berjalan dan diperhatikan oleh Jurulatih.

Monday, 27 October 2014

PROGRAM PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID

         Sedar tak sedar tahun baru Hijrah telah pun menjengahkan dirinya sekali lagi keseluruh alam umat Islam. Sedar tak sedar umur nya sudah hampir satu minggu.  Sedar tak sedar umur kita semakin meningkat. Munkin ada diantara kita telah masuk siri empat puluh, ada yang masuk siri lima puluh, ada yang masuk siri enam puluh malah siri tujuh puluh pun munkin ada. Apakah rancangan kita untuk terus nya mengabdikan diri kepada Allah swt. Sama sama lah kita muhasabah diri kita supaya jika dipanjangkan usia, tahun ini usha untuk mengabdikan diri lebih meningkat dari tahun yang lalu.  Dari segi peribadi diharap begitulah hendaknya. In sya Allah.
 
Dari segi berkumpulan, apakah usha kita. Apakah rancangan kita. Adakah kita berada dalam kumpulan? Adakah kita duduk bersama jama'ah? Ingatlah bahawa kambing yang bersendirian adalah lebih senang dibaham serigala.

Tiada kekuatan kalau tidak berjamaah.
 
Apakah rancangan masjid untuk menawan ahli kariah untuk bersama sama mengimrahkan masjid? Apakah kita selesa dengan program yang sedia ada. Adakah kita selesa dengan 2-3 saf jemaah solat subuh dan asar?
 
Selesa dengan jemaah seramai ini?
 
Adakah saf begini yang kita idamkan
 
Adakah kita selesa dengan pendengar kuliah yang bilangan nya lebih kecil dari tiang masjid? Adakah kita selesa dengan kehadiran ahli kariah apabila diadakan aktiviti masjid seperti majlis buka puasa, majlis penyampaian sumbangan fakir miskin, majlis tadarus, gotong royong dan lain-lain lagi?
 
Pandangan sewaktu kuliah yang kuring menarik kepada jemaah.
 
Kalau digembelingkan pemikiran kita mampu menarik jemaah begini ramai.
 
Kita perlu meningkat usha jika ada kekurangan dalam segi kebersamaan ahli kariah dalam contoh diatas, supaya ia dapat dielakan. Semuga kehadiran dan kebersamaan ahli kariah dapat ditingkatkan lagi, in sya Allah.
 
Tidak dinapikan banyak program telah diadakan oleh masjid. Namun keberkesanan nya perlu dinilai bersama. Sama sama kita fikirkan apakah yang boleh menawan hati setiap lapisan masyarakat seperti pemimpin masyarakat, masyarakat yang dipimpin, tua, muda, kanak-kanak, lelaki dan wanita untuk datang mengimarahkan masjid kita.
  
Majlis iftar yang biasa kita lihat.
 
Majlis begini sudah tentu bertambah barakahnya.
 
Diantara program program yang sedia ada atau yang baru yang boleh kita jadualkan untuk tahun Hijrah 1436. Berikut adalah contoh yang boleh kita sama sama pertimbangkan:
  • Pelbagaikan kuliah dimasjid-masjid. Yakni tidak tertumpu kepada fekah dan tajwid sahaja, tambahkan kuliah berunsur;
    • ekonomi dari sudut Islam,
    • perundangan Islam,
    • negara Islam dan
    • sains dan teknologi dalam Islam
    • lain-lain yang seumpama nya.
  • Adakah kelas mingguan untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak
    • kelas tajwid
    • kelas bahasa arab
    • kelas asas bahasa mandrin
    • kelas memasak
    • kelas menjahit
    • kelas pengurusan jenazah
    • kelas untuk bakal haji
    • kelas tuition
  • Adakan majlis keramaian untuk ahli kariah
    • Hari Keluarga
    Hari Keluarga sudah tentu menarik minat semua lapisan umur.
       
    • Sebarang peraduan yang berterusan contoh peraduan memanah, memasak dll
      • ada kan medal bulanan (monthly medal)
      • ada kan saguhati
      • peraduan masjid setempat, daerah, negeri
    • Gotong royong mengumpul dana untuk anak yatim dan fakir miskin
    • Kongsi aqiqah
    •  
  • Adakan program jualan/ekonomi
    • Car boot sale
    • Jumble sale
    • Ruang untuk bertani dikawasan lapang masjid
Car boot sales boleh menjana ekonomi kepada jemaah.
 
Diharap saranan untuk mengimarahkan masjid diatas dapat diguna pakai, diubah suai bagai masyarakat setempat. Yang penting ia tidak tertumpu kepada masa masa tertentu sahaja. Ia sepatutnya berjalan sepanjang tahun. Perancangan dan jadual yang teliti mestilah disediakan.
In sya Allah.