Monday 13 October 2014

JUJUR DAN BENAR MENURUT ALQURAN

ORANG-ORANG YANG BERSIFAT JUJUR  DAN  BENAR  MENURUT AL QURAN AL KARIM
              
             Al Quran ada menjelaskan maksud  kebenaran dan kejujuran  diantaranya ialah:       “ sodaqu ,sodaqna , haqqat dan alhaq “  di beberapa tempat dalam al quran. Siddiq adalah  juga bermaksud benar dan jujur  yang menjadi salah satu sifat Nabi Muhammad S.A.W. 
             Al Quran ada menerangkan hal ini antaranya ialah bermaksud: “ bukanlah kebajikan itu hanya menghadapkan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah keimanan kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan mendermakan harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir ( yang dalam kesulitan), orang-orang yang meminta ( kerana kesulitan hidup), dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta mendirikan solat, membayar zakat, menepati janji apabila berjanji, sabar (tabah) sewaktu kemiskinan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah adalah orang yang benar dan merekalah orang yang bertakwa”. Ayat 177 Surah Al Baqarah.
         Dikatakan kebaikan itu ialah:
a.        Beriman ( percaya kepada : 1. Allah 2.hari yang kemudian, 3. Malaikat, 4.kitab-kitab. 5 Nabi-nabi ( dalam hadis ditambah dengan takdir ).

b.       Membelanjakan harta untuk:  1. Kaum kerabat seperti anak, isteri dan sebagainya. 2. Anak yatim, 3. Fakir miskin, 4. Orang yang  (musafir) atau anak yang diperolehi di tengah jalan, 5. Orang-orang yang meminta kerana tiada kuasa bekerja sebab lemah, kudong tangan atau kaki dan sebagainya, 6. Memerdekakan hamba ( amal social).

c.       Mengerjakan sembahayang.

d.      Memberi  zakat harta.

e.      Menepati janji.

f.        Bersabar ketika ditimpa ujian.
 Orang-orang yang mengikut segala perintah tersebut ialah orang benar , jujur dan bertaqwa. Oleh itu setiap umat Islam wajib melakukannya.
            Sifat benar dan jujur boleh berlaku apabila seseorang itu melakukannya bukan sekadar bercakap menerangkan keadah-kaedah bersikap jujur atau memberi motivasi  mengenainya. Sifat ini wujud bila seseorang melakukannya. Jikalau anda seorang pegawai penguatkuasa di jabatan kerajaan yang mejaga ekspot impot barangan mewah. Contohnya barangan mewah dan berharga yang wajib di kenakan cukai impot oleh kerajaan. Adakah anda melepaskan barangan itu masuk ke dalam Negara Malaysia tanpa dikenakan cukai semata-mata kerana anda telah mendapat rasuah setiap bulan ?. Jika berlaku rasuah juga berarti anda  telah tidak menepati akujanji semasa ikrar mula berkhidmat. Sebagai orang Islam,  sesorang itu perlu akur kepada ajaran Islam sebagaimana di jelaskan dalam al quran seperti di atas. Kebanyakan pegawai kerajaan yang di tangkap kerana rasuah di negara kita adalah kebanyakannya orang-orang Melayu Islam. Inilah yang amat memalu dan menyedihkan sebab ianya menjatuhkan integeriti Agama Islam itu sendiri. Sebagai seorang Islam , Islam melarang penganut-penganutnya, bukan sahaja  malakukan amalan rasuah, tetapi juga amalan-amalan yang dilarang Allah dan Rasulnya dan mereka wajib melakukan sifat-sifat benar dan jujur seperti yang dijelaskan di atas.
Rujukan:

Al Quran Al Karim. Rasm Uthmani.

Cetakan Bumirestu Creative Sdn Bhd, Ipoh Perak.

 
 
Islam mengharamkan rasuah

 
Rasuah akan merosakan masyarakat dan negara

 
Jenayah rasuah akan memusnahkan kehidupan anda didunia.
Amalan rasuah akan mencampakan anda kedalam neraka.

 

No comments: