1.
Tarikh
Pembinaan :
Masjid Saidina Othman Ibn Affan atau dengan nama
yang lebih ringkas disebut sebagai Masjid Bukit Rangin disebabkan terdapat
sebuah Taman Perumahan yang bersebelahan Masjid ini dibina pada tahun 1995 atas
permintaan penduduk daripada Perkampungan Bukit Rangin, Taman Bukit Rangin dan
Perumahan Kos Rendah Permatang Badak
yang berhampiran.Berada diatas satu tapak tanah Kerajaan yang direzabkan untuk
maksud Awam mengikut warta Kerajaan No 992 PTK 3/5/188 DUP bertarikh 14 Jun
2010, Negeri Pahang seluas 15,514 meter
persegi yang diwartakan sebagai tapak Masjid di diatas Lot 124374 Kampung Bukit Rangin, Mukim Kuala Kuantan,
Daerah Kuantan Pahang. Darul Makmur.
2. Tarikh Siap:
Masjid ini telah siap pada 1997 dengan
kos pembinaan sebanyak RM 2 Juta sahaja. Bersumberkan peruntukan Kerajaan
Persekutuan dibawah Pejabat Kemajuan Negeri Pahang,
3. Kemudahan yang Disediakan:
4. Ramai yang memberi pandangan tentang Kemudahan
yang disediakan oleh Masjid, selain daripada sebuah Dewan solat yang boleh
memuatkan seramai 350 orang kariah secara serentak tedapat dua ruang anjung dan dua sayap yang
dibuat sambungan bagi memenuhi keperluan qariah yang meningkat dari masa
kesemasa disebabkan pertambahan dua buah Sekolah Menengah dan dua buah Sekolah
Rendah yang baru dibina, dua buah tandas, sebuah bilik Imam, sebuah bilik Mesyuarat , setor dan biik Audio yang memuatkan bilik bilal, dua buah setor,
bilik garaj dan tempat memasak.
5. Pengasas:
Ini, tetapi yang lebih menepati
adalah tertumpu kepada seorang imam yang
berkhidmat agak lama dimasjid lama.,Imam Haji Embong yang sekarang ini masih
hidup tetapi sangatlah uzur.( Tunjukan gambar Imam Haji Embong)
6. Tarikh Perasmian:
Tarikh dan Peresmian Masjid ini telah
diresmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibn Al – Marhum
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mua’zam Shah pada 5 Rejab 1420H atau bersamaan
dengan 15 Oktober 1999 dengan doa “ Ya Allah berkatilah Masjid ini.
7. Kapasiti Jemaah
Masjid ini boleh memuatkan seramai
1,300 orang makmum sahaja
8. Sejarah rinkas pembinaan/ peristiwa
penting pembinaan.
9. Konsep binaan struktur masjid:
10.
Kemudahan yang disediakan oleh Masjid,
Selain daripada sebuah Dewan solat
yang boleh memuatkan seramai 350 orang kariah secara serentak tedapat dua ruang anjung dan dua sayap yang
dibuat sambungan bagi memenuhi keperluan qariah yang meningkat dari masa
kesemasa disebabkan pertambahan dua buah Sekolah Menengah dan dua buah Sekolah
Rendah yang baru dibina, dua buah tandas, sebuah bilik Imam, sebuah bilik Mesyuarat , setor dan biik Audio yang memuatkan bilik bilal, dua buah setor,
bilik garaj dan tempat memasak.
11.
Ciri ciri keistimewaan,
tiada apa yang boleh dianggap sangat istimewa berkenaan
dengan Masjid ini melainkan satu yang dapat diperhatikan daripada pengelaman
berada di Masjid ini yang dibina diatas dasar uqukuwah dan kerjasama sesama
insan maka segala doa yang dipohon daripada Allah melalui solat hajat sangat
dimakbulkan. Mungkin ada terdapat beberapa orang ‘wali’ diatas masjid ini daripada
seramai ahli 50 ahli qariah yang senantiasa mengunjungi Masjid ini.
12.
Lokasi Masjid
Masjid ini berada di persimpangan
jalan Kg Permatang Badak dan Jalan Kuantan Kuala Terengganu Bye- pass berada 6
km daripada sebuah lapangan terbang Sultan Ahmad Shah. Terdapat Masjid lama
yang berada 1.5 km daripada Masjid ini dan 3km daripada Masjid Hidayat.
Terdapat dua buah surau yang memberi kemudahan bersolat kepada penghuni Rumah
murah 1 dan 2 yang merupakan ‘feeder’ kepada Masjid ini bagi menunaikan solat
Jumaat.
13.
Peta Masjid:
14. Gambar Masjid