Wednesday, 11 March 2015

Hadis syamail muhammadiah

Perkongsian hadis dari syamail muhammadiah

4- حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ وَلَا بِالطَّوِيلِ.
حكم الالبانى] : صحيح،
4- Telah bercerita kepada kami Mahmud bin Ghaylan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata: Saya tidak pernah melihat orang yang rambutnya mencecah bahu, dalam sepasang merah yang lebih elok daripada Rasuli Llah. Dia mempunyaï rambut yang mencecah dua bahunya, jauh jarak dua bahunya. Dia tidak pendek dan tidak tinggi.

Hadis ini menceritakan tentang rambut Nabi yang disebut (ذي لمة) zi limmah. Hadis sebelumnya mensifatkan rambut Nabi sebagai (عظيم الجمة) `azima l-jummah. Dalam bahasa `Arab, terdapat beberapa kata sifat tentang rambut, antaranya: (لمة) limmah, (وفرة) wafrah, dan (جمة) jummah.
Wafrah ialah rambut yang mencecah dua telinga, limmah ialah rambut yang mencecah antara dua telinga dan bahu, dan jummah ialah rambut yang mencecah bahu. Justeru, sifat rambut ini menunjukkan kepanjangan rambut Nabi, ada masa ia mencecah telinga (wafrah), ada masa ia lebih panjang daripada telinga (limmah), dan ada masa ia mencecah bahu (jummah). Ini kerana rambut ialah bahagian tubuh yang boleh memanjang dan boleh dipotong, apabila dipotong, ia pendek, dan apabila dibiarkan, ia akan memanjang.

Rawi hadis ini, Al-Bara’ bin `Azib menyebut bahawa dia tidak pernah melihat seseorang yang lebih elok daripada Rasulu Llah dalam sepasang pakaian merah.

Seterusnya, diterangkan tentang rambut Nabi – sekali lagi – yang mencecah dua bahunya, dada Nabi yang bidang, dan saiz tubuh Nabi yang tidak pendek dan tidak pula tinggi, iaitu Nabi mempunyaï ketinggian yang sederhana.
Wallahu alam

No comments: