Monday, 18 November 2013

Kenali Masjid

Masjid  Saidina Othman Ibn Affan atau nama yang lebih ringkas disebut sebagai Masjid Bukit Rangin ini mula dibina pada tahun 1995 dan telah siap dibina pada 1997 dengan kos pembinaan sebanyak RM 2 Juta, bersumberkan peruntukan Kerajaan Persekutuan dibawah Pejabat Kemajuan Negeri Pahang. 



Masjid ini dibina atas permintaan penduduk Kampung Bukit Rangin, Taman Bukit Rangin dan Perumahan Kos Rendah  Permatang Badak yang berhampiran. Masjid ini berada diatas satu tapak tanah Kerajaan yang direzabkan untuk maksud Awam mengikut warta Kerajaan No 992 PTK 3/5/188 DUP bertarikh 14 Jun 2010,Negeri Pahang  seluas 15,514 meter persegi yang diwartakan sebagai tapak Masjid di diatas Lot 124374  Kampung Bukit Rangin, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan Pahang. Darul Makmur.


Masjid ini telah diresmikan  oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibn Al – Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mua’zam Shah pada 5 Rejab 1420H atau bersamaan dengan 15 Oktober 1999 dengan doa “ Ya Allah berkatilah Masjid ini."

Masjid ini dibina atas dasar ukhuwah dan kerjasama sesama insan di kalangan para penduduk kampung. Oleh itu, Masjid ini sememangnya sangat aktif menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan dan dakwah kepada penduduk kampung di sekitarnya.