Friday, 17 October 2014

JADUAL KULIAH MINGGUAN WANITA

Jadual Kuliah Mingguan Jannatul Ummie
 
 
AJK wanita mengalu-alukan kehadiran ahli kariah dan penduduk sekitar untuk sama-sama berkongsi ilmu bagi meningkatkan kefahaman dalam ilmu keagamaan.  Di samping untuk mengimarahkan masjid, kariah juga dapat merapatkan dan menjalin silaturrahim. 
 
AJK wanita juga berharap agar segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan dapat sama-sama dijayakan oleh kariah. 



 


 
Kelas pengajian ilmu tajwid sedang berlangsung.
 

KASIH SAYANG DALAM KELUARGA


BERKORBANLAH  UNTUK KASIH SAYANG DALAM KELUARGA.

            Perkataan “ sayang , suka,  cinta, adalah antara perkataan kegembiraan  yang dilahirkan oleh seseorang bernama manusia.  Ianya boleh jadi kata kerja , dan juga boleh jadi kata sifat. Perkataan   “ sayang “ juga boleh  menjadi  hasil kepada perbuatan sayang. Kedua-duanya ada kaitan. Perkataan sayang yang diharapkan itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak ada perbuatan sayang menyanyangi.
         Seorang pakar motivasi bernama  Dr Covey  selepas memberi  ceramah mengenai  konsep keproaktifan, didatangi oleh seorang lelaki bertanyakan, “ Dr, saya memang  suka  apa yang anda bicarakan. Tetapi situasi itu berbeza. Macam perkahwinan saya. Saya amat risau. Saya dan isteri saya tidak mempunyai perasaan yang sama lagi seperti dulu. Saya ingat saya tidak sayangkan dia lagi dan dia tidak sayangkan saya lagi. Apa yang saya patut buat Dr? “
     “Perasaan kasih sayang tidak wujud lagi?” Tanya Dr itu.

      “Betul “ dia bersetuju. “ dan kami ada tiga orang anak yang kami sentiasa risaukan. Apa   

       cadangan DR? “

       “ Sayangi dia, “ Dr menjawab.

       “ saya dah kata , perasaan sayang tiada lagi “

       “ sayangilah dia “

       “ Dr Tak faham ke ?, perasaan  kasih sayang tiada lagi.”

       “ Jadi sayangilah dia. Jika perasaan  tiada lagi, itu alasan untuk menyangi dia.” Nasihat Dr itu.

        “ Tapi macam mana  nak sayang sedangkan saya tak sayangkan dia lagi ?’ kata lelaki itu.

          “ Kawan, sayang ialah kata kerja sahaja. Kasih sayang-perasaan itu ialah hasil kata kerja sayang. Jadi sayangilah dia. Berkhidmat untuk dia. Bekorban untuk dia. Dengarlah apa yang dia kata. Berempati dengan dia. Hargailah dia. Sahkan dia. Andakah anda rela berbuat demikian ?’  Ujar Dr itu.
          Orang yang proaktif menjadikan sayang itu kata kerja. Sayang ialah sesuatu yang anda lakukan: pengorbanan yang anda buat, pemberian diri sendiri, seperti ibu melahirkan anak. Jika anda ingin menkaji sayang, kajilah orang berkorban untuk orang lain, termasuk untuk mereka yang melukakan hati atau mereka yang tidak sayang akan orang lain.  Jika anda seorang ibu atau bapa, ingatlah rasa sayang anda kepada anak yang  anda telah banyak buat pengorbanan untuk kebaikan mereka. Sayang ialah nilai yang di wujudkan melalui  tindakan menyayangi.

Kasih saya ibubapa tidak mengenal usia

 

           Perasaan kasih sayang bukan sahaja ada pada manusia tetapi juga ada pada binatang, contohnya kalau kucing baru melahirkan anak , digongong anaknya , dibawa kesana dan kemari dan diletakkan di tempat yang selamat semata-mata sayang kepada anaknya. Perasaan kasih saya ada kalanya tidak ada pada sebahagian kecil manusia sehingga ada yang meninggalkan anaknya di pangkal pokok pisang, disangkut di pagar-pagar masjid dan dibuang ke dalam longkang walaupun anak itu sempurna sifatnya.
 
Haiwan pun tak kurang sayang kepada anaknya
 
         Dalam Islam, semua penganutnya dianggap sebagai satu keluarga sebab itu ada satu hadis mauquf bermaksud :“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyangi saudaranya  seperti dia menyangi diri dia sendiri”. Riwayat Bukhari dan Muslim. Bermakna perasaan kasih sayang ada kaitan dengan keimanan dan aqidah seseorang muslim, oleh sebab itu seseorang Islam perlu membantu orang Islam lain apabila di timpa kamalangan.

Thursday, 16 October 2014

PENGURUSAN MASA

MATRIK PENGURUSAN MASA 

 
 
SEGERA
 
TAK SEGERA
 
 
 
 
PENTING
I-AKTIVITI:
 
- Krisis
- Masalah penting
- Projek kejar massa
 
 
 
II-AKTIVITI:
 
- Pencegahan, aktiviti KP(keupayaan pengeluaran)
- Membina perhubungan
- Mengenalpasti peluang baru
- Merancang, rekreasi
 
 
 
 
TAK PENTING
III-AKTIVITI

- Gangguan, setengah-setengah panggilan.
- Setengah-setengah surat
- Setengah laporan.
- Setengah-setengah mesyuarat
- Aktiviti popular
 
 
 
IV-AKTIVITI
 
- Perkara remeh temeh, kerja sibuk
- Setengah-setengah surat.
- Setengah-setengah panggilan telepon
- Pembaziran masa
- Hal-hal segera
- Aktiviti menyeronokkan
 

Di mana kedudukan anda dalam jadual di atas?

Adakah anda dalam keadaan seperti berikut?:

I .   Segera dan penting. Perlukan perhatian segera  seperti  mengganti atap rumah bocor, melawat orang   meninggal  dunia , pengurusan jenazah, membantu seseorang dalam kemalangan dan sebagainya.



ii. Tak segera tapi penting seperti membina perhubungan  silatur rahim, menghadiri ceramah agama, melawat  orang  sakit, program masjid cemerlang, pengurusan kubor, program memanah dan berkuda dan sebagainya.

 
Majlis tadarus Al Quran
 

 
Menziirahi orang sakit
 
iii.  Segera tetapi tak penting seperti  menjawab panggilan telepon bermain whats App dan sebagainya.
 
 

iv.  Tak penting dan tak segera seperti  berborak kosong dan pembaziran masa .

 
Bersembang kosong?
 
               Pepatah Arab mengatakan “ masa itu seperti pedang sekiranya kamu tidak memutuskannya (merancang dengan betul), nescaya masa akan memotong kamu”  bermakna masa akan menyebabkan kamu rugi sekiranya kamu membuat kerja sesia-sesia  membazir masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.   
               Allah swt berfirman “ 1.  Demi masa 2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 3. Kecuali orang-orang yang beriman, dan melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya  (menjalankan)  kebenaran dan nasihat menasihati supaya sabar menghadapi kesulitan “  Ayat 1-3 Surah Al Asr.
Rujukan:

-Buku bertajuk: Tujuh tabiat orang yang amat berkesan.
 Stephen R. Covey
 
-Al Quran Al Karim.
 

Wednesday, 15 October 2014

ANGSA BERTELUR EMAS


ANGSA BERTELUR EMAS
 

            Cerita dongeng  berkenaan seorang petani miskin . Pada suatu hari mendapati sebiji telor emas dalam sarang angsa kesayangannya. Mula-mula dia ingat ada orang mempermainkannya. Kemudian berfikir semula sebelum  membuang telur itu  lalu membawa telur itu untuk dinilai.
              Telur itu daripada emas tulin!. Petani tidak mempercayai tuahnya itu. Dia semakin sangsi, pada hari yang berikutnya apabila pengalaman itu berulang. Hari demi hari, dia bangun tidur dan mendapati telur emas dalam sarang angsanya. Dia pun menjadi orang kaya: begitu bertuah dia ssehingga dia sendiri tidak percaya.         
               Akan tetapi dengan pertambahan kekayaannya, petani itu pun menjadi semakin tamak dan tidak sabar. Dia tidak sabar menunggu setiap hari untuk mendapat telur emasnya lalu dia pun membunuh angsa itu untuk mendapatkan semua telur emas sekaligus. Namun apabila dia membuka angsa itu, dia tidak mendapati apa-apa pun. Tiada telur emas , dan sekarang sudah tiada cara untuk mendapat telur lagi. Petani itu telah memusnahkan angsa yang menghasilkan telur emas
            Daripada cerita ini dapat hukum semula jadi, satu prinsip-definisi asas keberkesanan. Keberkesanan sebenar  ialah fungsi  dua perkara : apa yang dihasilkan (telur emas) dan aset atau keupayaan menghasilkan (angsa). Keberkesanan berada dalam imbangan yang dipanggil iambangan P/KP. P mewakili penghasilan hasil yang diingini ia itu telur emas. KP  mewakili keupayaan penghasilan, kebolehan atau aset yng menghasilkan telur emas.
           Moral cerita dongeg tersebut ialah untuk mendapatkan keberkesanan atau hasil sesuatu tugas dan kerja itu tidak mempunyai jalan pintas seperti skim cepat kaya dengan melaburkan wang yang sedikit boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.
          Beberapa contoh boleh dijelaskan disini seperti berikut:
1.       Kalau hendak Berjaya dalam perniagaan  (penghasilan /telur emas), seseorang peniaga itu perlu sediakan pengetahuan perniagaan /pengalaman, kemahiran pengurusan kewangan, kakitangan yang cekap dan mahir, modal, tempat berniaga, pasaran , keinginan  dan motivasi ( keupayaan penghasilan/angsa).

2.       Sekiranya kita ingin melihat kubor Bukit Rangin yang tersusun , cantik dan menarik (P) ,kita perlukan, organisasi yang cekap dan tersusun (KP) seperti ada ketua yang bertanggungjawab, ahli jawatankuasa (AJK) yang rajin bertugas ,penggali kubor yang bersedia bertugas pada bila-bila masa , kewangan yang mantap, peralatan yang cukup dan kawasan tanah perkuboran yang sentiasa di jaga.

3.       Kalau inginkan Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin mengekalkan  anugerah cemerlang  atau  dan mengondol anugerah yang lebih baik pada masa hadapan (P), kita perlukann kepimpinan yang berwawasan , Ahli jawatakuasa (AJK) yang rajin bertuas, kerjasasama dari semua jamaah masjid dan penduduk tempatan dalam  semua program yang  dirancang dan laksanakan seperti program gotong royong, peralatan yang cukup , kewangan yang cukup, program pengimarahan masjid yang mengkagumkan(KP).

 
Kesimpulannya, Konsep P dan KP ini terdapat dalam ajaran agama Islam. Allah berfirma  bermaksud “ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa  dari kejahatan yang dikerjanya. Ayat 186: surah Al Baqarah.

Makananya kalau kita inginkan balasan baik di akhirat dan hari pembalasan, kita perlu berusaha melakukan kerja kebaikan dan amalan ibadat sebanyak munkin semasa hidup di dunia. Dengan artikata lain sesuatu usaha itu tidak akan mendatangkan hasil yang baik sekiranya kita hanya pandai bercakap dan membuat cadangan yang mumok-mumok tetapi tidak mahu melakukannuya.

 

Tuesday, 14 October 2014

MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT


BELAJARLAH MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT PENDAPAT

                         Bermula satu kesah dalam sebuah kelas , seorang guru masuk mengajar . Sebelum mengajar guru itu menunjukkan sekeping gambar dan di tampalkan  di papan putih hadapan kelas. Gambar itu seoran g perempuan  bahagian kepala dan memandang  ke kiri kelas. Guru itu bertanyakam  kepada semua pelajar dalam kelas.” Pelajar-pelajar semua, gambar siapa ini?”  tanya guru.  Seorang pelajar menjawab” seorang wanita muda berumur 21 tahun  cikgu?” . Seoang pelajar lain bingkas bangun “ bukan !, itu seorang perempuan tua berusia 70 tahun”.   Guru itu  bertanya lagi kepada kelas “ Yang mana satu betul?, wanita tua atau wanita muda ?” . Pelajar-pelajar itu bertengkar, tiada keputusan di buat mengenai gambar itu.
                Akhirnya guru itu membuat undian.  Keputusanya separuh pelajar dalam kelas mengatakan gambar itu seorang wanita muda, manakala separuh pelajar dalam kelas itu mengatakan gambar itu seorang wanita tua.
                Tiba-tiba seorang pelajar muncul dan memberi pendapat yang berbeza diantara dua kumpulan  pelajar tadi.  Katanya “ pendapat awak semua semuanya betul” jelasnya. “ Bila kita lihat dari satu sudut kelihatan gambar itu seorang wanita muda, memang betul”.  “Cuba kita lihat dari sudut lain” katanya. “ kita akan nampak gambar itu seorang wanita berumur 70 tahun” Semua ini bergantung kepada sudut mana kita lihat’ jelasnya lagi. Akhirnya guru kelas bersetuju dengan pendangan  pelajar ketiga  tadi.
 
Wajah siapa yang and lihat dala gambar diatas?
 

 
Apa pula pendapat anda tentang gambar ini?
  
               Perbezaan pendapat adalah prinsip asas kebebasan antara individu. Masing-masing berfikir menurut paradigm dan persepsi masing-masing berasaskan kepada pelaziman , ilmu pengetahuan, pendidikan, kemahiran, tabiat,  persikataran, adat resam dan budaya.
              Ada setengah orang akan menegur dengan perasaan marah apabilanya melihat sesuatu projek yang dibuat oleh orang lain yang difikirkannya tidak betul. Sehingga orang yang ditegur itu hampir putus asa. Sebenarnya apa yang ditegur itu bukan sesuatu kesalahan yang besar sebab ada pakar lain menyokong projek yang telah dilaksanakan itu, tidak bahaya dan tidak merosakkan.
            Jika dalam sesuatu keadaan,  kita jangan lekas beremosi apabila berhadapan dengan lawan kita yang bercakap berlainan dengan pendapat kita. Kita perlu beri perhatian dulu secara simpati dan empati.  Belajarlah menghormati  perbezaan pendapat dengan orang lain , semoga  cara itu kita akan nampak ada sesuatu mutiara yang baik dari perbezaan pendapat itu. Kita jangan terus memberi penilaian dari sudut pandangan kita.   
          Sebelum diberi nasihat atau pendapat terhadap seseorang, kita perlu melihat seseorang dari berbagai sudut dan paradigm supaya kita tidak tersalah tafsiran dalam memberi nasihat. Itu sebabnaya  sesorang ahli qaryah hampir dipukul sekumpulan pelajar-pelajar yang ponteng kelas atas sebab  ahli qaryah itu memarahi pelajar-pelajar berkenaan yang menukar uniform sekolah  supaya jangan bermain dalam dewan masyarakat dalam qaryah dan meminta mereka pergi ke kelas.
           Dalam Islam perbezaan pendapat adalah dibenarkan dalam perkara furuk (cabang) seperti hukum hakam yang sunat dan harus bukan perkara pokok seperti akidah. Sebab itu timbulnya Mazhab yang empat iaitu Mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Perbezaan pendapat dalam mazhab-mazhab ini  adalah dari segi furuk yang berkaitan dengan hukum fiqh.
          Dalam Islam juga ada kaedah tertentu untuk menegor sesorang yang malakukan kesalahan hasil pendapat atau fikiran yang berbeza iaitu maksud ayat AlQuran “ dan hendaklah menolak kejahatan itu dengan kebaikan “  ayat 22 surah Ar Ra’du dan ayat 54 surah Al Qisas. Maksudnya cara memberi nasihat itu hendaklah dalan keadaan yang ceria dan meyakinkan pihak lawan. Jangan dalam keadaan yang kasar dan marah sehingga pihak lawan memberi respon yang sama dimana pergaduhan akan berlaku. Perkara inilah yang perlu dielakkan.
          Kesimpulannya perbazaan pendapat itu haruslah di hormati dan digalakkan oleh semua orang yang waras .