Wednesday, 11 March 2015

Hadis syamail muhammadiah

Perkongsian hadis dari syamail muhammadiah

4- حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ وَلَا بِالطَّوِيلِ.
حكم الالبانى] : صحيح،
4- Telah bercerita kepada kami Mahmud bin Ghaylan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata: Saya tidak pernah melihat orang yang rambutnya mencecah bahu, dalam sepasang merah yang lebih elok daripada Rasuli Llah. Dia mempunyaï rambut yang mencecah dua bahunya, jauh jarak dua bahunya. Dia tidak pendek dan tidak tinggi.

Hadis ini menceritakan tentang rambut Nabi yang disebut (ذي لمة) zi limmah. Hadis sebelumnya mensifatkan rambut Nabi sebagai (عظيم الجمة) `azima l-jummah. Dalam bahasa `Arab, terdapat beberapa kata sifat tentang rambut, antaranya: (لمة) limmah, (وفرة) wafrah, dan (جمة) jummah.
Wafrah ialah rambut yang mencecah dua telinga, limmah ialah rambut yang mencecah antara dua telinga dan bahu, dan jummah ialah rambut yang mencecah bahu. Justeru, sifat rambut ini menunjukkan kepanjangan rambut Nabi, ada masa ia mencecah telinga (wafrah), ada masa ia lebih panjang daripada telinga (limmah), dan ada masa ia mencecah bahu (jummah). Ini kerana rambut ialah bahagian tubuh yang boleh memanjang dan boleh dipotong, apabila dipotong, ia pendek, dan apabila dibiarkan, ia akan memanjang.

Rawi hadis ini, Al-Bara’ bin `Azib menyebut bahawa dia tidak pernah melihat seseorang yang lebih elok daripada Rasulu Llah dalam sepasang pakaian merah.

Seterusnya, diterangkan tentang rambut Nabi – sekali lagi – yang mencecah dua bahunya, dada Nabi yang bidang, dan saiz tubuh Nabi yang tidak pendek dan tidak pula tinggi, iaitu Nabi mempunyaï ketinggian yang sederhana.
Wallahu alam

Friday, 2 January 2015

BANJIR 2014 - SUMBANGAN DARI MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN

Banjir telah datang sekali lagi, kali ini pada penghujung bulan Disember 2014. Skala banjir kali ini tidak lah sehebat pada tahun 2013 bagi penduduk kawasan Kuantan, khusus nya bagi kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan. Walaupun ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan banjir tapi jumlahnya adalah berkurangan dari tahun lalu.
 
Tapi ini jauh berbeza dengan banjir yang melanda di negeri Kelantan, terutamanya dijajahan Kuala Krai. Kali ini banjir dinegeri Kelantan sungguh mendebarkan penduduk yang terlibat. Puluhan ribu terpaksa berpindah ketempat selamat, malah ada yang terpaksa pindah kebukit-bukit untuk menyelamatkan diri.
 
Tak kurang parah juga bagi mereka yang tinggal ditebing-tebing sungai Pahang. Penduduk di Jerantut, Temerloh dan Pekan masing masing semua dilanda banjir yang lebih hebat dari kejadian tahun 1971.
 
Banjir di Terengganu pun demikian juga, ribuan orang terpaksa berpindah dari rumah-rumah mereka di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan beberapa tempat lain. Negeri Perak, Kedah dan Perlis juga mengalami nasib yang sama walaupun jumlah nya adalah kecil berbanding Kelantan, Pahang dan Terengganu.
 
Untuk meringgankan kesulitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di tempat tersebut banyak pertubuhan kebajikan dan NGO telah bertungkus lumus membantu mereka yang terlibat dengan cara menghantar makanan, pakaian dan keperluan asas lain-lain.
 
Ahli kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan juga telah turut bermurah hati menyumbangkan kepada tabung mangsa banjir Panyai Timur. Sumbangan wang, makanan dan pakaian telah diterima dari ahli kariah masjid. Pada 1hb Januari 2015 satu pasukan yang diketuai oleh Iman Masjid Saidina Othman, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman telah bertolak ke Kelantan bagi menyampaikan sumbangan dari kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bukit Rangin.
 
Semuga usha dan sumbangan ini diberkati Allah jua, in sya Allah.
 

Beras dan barangan keperluan lain diterima dari ahli kariah masjid.
 

Barang-barang sumbangan siap dibungkus.

Bungkusan sedang dimuatkan kedalam lori untuk dihantar ketempat yang dilanda banjir.

 

SUMBANGAN UNTUK TABUNG PEMBINAAN SAR KAFA

Sekolah Agama Rakyat (SAR) Masjid Saidina Othman Ibn Affan sedang rancak dalam fasa pembinaan nya. Oleh kerana kami masih memerlukan dana untuk menyiapkan sekolah ini, kami mempelawa para dermawan sekelian untuk membuat sumbangan sadaqah jariah untuk tabung pembinaan SAR ini. Untuk makluman tabung pembinaan SAR KAFA ini telah pun mendapat kebenaran dari Majlis Ugama Islam dan Adam Resam Melayu Pahang.

Surat kebenaran dari MUIP


Kami mengharapkan sumbangan sebanyak RM1000 daripada setiap dermawan sekelian.

Sila masukan sumbangan tuan/puan kedalam Akaun BIMB:

Akaun No: 0608 2010 0047 68
Nama: SAR KAFA MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN

Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dari para dermawan sekelian . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan dan puan, in sya Allah.


Pembangunan SAR KAFA Masjid Saidina Othman, Bukit Rangin sedang rancak berjalan.


Tapak bangunan dua tingkat.
 
 
 

Saturday, 13 December 2014

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Pada hari ini satu majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan di Masjid Saidina Othman Ibn Affan. Seramai sepuluh orang kanak-kanak lelaki telah meyertai majlis ini. Majlis telah di mulakan pada pukul 9 pagi dan di hadiri oleh Tok Empat Permatang Badak, En Alias. Turut hadir ialah Pengerusi Masjid Saidina Othman, CikGu Azmi dan ibubapa kepada peserta.

Peserta berkhatan

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Tok Empat Permatang Badak dan diikuti ucapan dari Pengerusi Masjid. Sedikit jamuan ringan telah disediakan untuk para hadirin.
 
Majlis seterus nya mengadakan upacara perarakan untuk kanak-kanak yang akan berkhatan. Perarakan telah di iringi oleh ahli keluarga dan Jemaah Wanita Masjid Saidina Othman yang berselawat sepanjang perarakan dijalankan.

Majlis perarakan untuk peserta berkhatan

Di iringi oleh ahli keluarga dan Jemaah Wanita Masjid Saidina Othman
 

Pihak masjid telah menyampaikan sedikit cenderhati kepada peserta berkhatan. Jemaah Wanita juga telah turut menghadiahkan cederhati kepada semua peserta.
 
Upacara bersiram beramai-ramai untuk perserta juga diadakan. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penguasa Bomba Taman Tas kerana sudi menyiram peserta berkhatan dengan menggunakan jentera mereka.

Upacara bersiram beramai-ramai


Jentera Bomba
 
Majlis telah berjalan dengan lancar dan jaya nya. AJK masjid mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang hadir. Semuga majlis kekeluargaan seperti ini terus berjalan dari masa kesemasa.

Saturday, 6 December 2014

MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

Dalam Al Quran banyak disebut tentang Allah menyuruh manusia makan. Dalam surah Al Baqarah, Allah swt telah menyuruh Nabi Adam AS memakan makanan dalam syurga.
 
Banyak lagi ayat dalam Al Quran menyebut tentang makanan dan menyuruh manusia makan. Contohnya ayat tentang manna dan salwa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada pengikut Nabi Musa sewaktu sesat di padang pasir Sinai.
 
Allah tidak hanya menyebut makanan tetapi makanan yang baik. Kita boleh rumuskan bahawa yang baik itu halal dan berkualiti. Tetapi tidak semua makanan yang boleh dimakan yakni halal itu berkualiti, baik atau berkhasiat untuk manusia.
 
Contohnya pasir dilaut yang kita lombong sendiri atau dibeli dengan sumber yanga halal adalah halal untuk dimakan (jika kita sanggup makan pasir) tetapi pada umumnya ia tidak baik atau tidak berkualiti untuk manusia.
 
Begitu juga dengan binatang yang halal dimakan. Jika matinya tidak disembelih dengan menyebut nama Allah maka mati nya hanya sia-sia, tidak boleh dimanafaatkan sebagai makanan (rezeki) yang halal mau pun berkualiti. Walaubagaimana lazat sekali pun ia nya dimasak maka ia tetap tidak baik untuk umat Islam.
 
Makanan yang lazat dan berkualiti
 

Sejenis labu
 

Susu

Kita juga diajar oleh Nabi saw supaya berdoa sebelum memulakan makan. Kita diminta supaya memohon kepada Allah supaya rezeki kita diberkati dan meminta supaya kita dijauhkan dari azab nereka.
 
Doa sebelum makan


Doa selepas makan
 
Fahamlah kita bahawa makanan kalau tidak disediakan mengikut peraturan dalam Islam, maka ia boleh menyebabkan kita dlemparkan kedalam api neraka. Allah melarang kita memakan apa yang Dia tegah dan apa yang tidak baik untuk manusia. Nabi Adam as telah diturunkan kebumi kerana melakukan pekara yang ditegah Allah swt.
 
Malah jika berlebih-lebihan diwaktu makan juga menyebabkan ia tidak disukai oleh Allah swt. Contohnya jika kita makan terlalu kenyang, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Pembaziran juga adalah satu pekara yang ditegah oleh Allah swt.
 
Jadi peliharalah adab-adab  dan pemakanan supaya kita tidak dimurkai Allah. Diantara amalan-amalan yang baik lagi dituntut adalah seperti berikut:
  • sumber makanan
    • sumber pendapatan mestilah halal
  • cara penyediaan makanan
    • bahan-bahan mestilah halal
    • tempat penyediaan yang bersih
  • adab sebelum makan
    • berdoa sebelum makan
  • adab waktu makan
    • makan tidak terlalu kenyang
    • mengunyah dengan betul supaya mudah hadam makanan
  • adab selepas makan
    • mengucap Alhamdullilah apabila selesai makan.
Semuga kita dapat keampunan dari Allah jua.

Coretan dari Kuliah Subuh.