Tuesday, 15 April 2014

Syeikh Dr Balela

 

 

Yang Terpilih Mendapat Kebaikan

عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. (البخاري ومسلم)


Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendakiAllah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan:

(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.

(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan.

(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankan kebenaran.

Huraiannya:

(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:

Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:

Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalamkeadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.

Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.

Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.

Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialahilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam keranaagama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.

(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:

Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allahmemberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.

Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.

Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yangmenyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpahkurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.

(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. tetap terus menjalankankebenaran.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat - tetapterpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata padamasa akhir-akhir ini.

Agama Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.

Friday, 4 April 2014

Aqiqah Anak Luar Nikah

Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).

‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.

Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).

Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542)
Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.

Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18).

Wednesday, 2 April 2014

Medan Sebenar Seorang Muslimah 


Muslimah boleh cemerlang dlm apa jua bidang namun mereka tidak boleh sama sekali gagal menunaikan KEWAJIPAN FITRAH sebagai isteri dan ibu !
Muslimah di zaman Nabi SAW, kehebatannya ialah dengan menjadi pendokong suami !

Sesuai dengan hadith (غيّر عتبة بابك) di dalam sahih al-bukhari berkenaan kisah Ibrahim AS yang menyuruh anaknya Nabi Ismail AS menukar muka pintunya (perumpamaan kepada isterinya) kerana selalu merungut dan tidak bersyukur maka ramai wanita salaf pula kita dapati telah memainkan peranan hebat & mustahak mereka dalam ...
sejarah dengan berdiri teguh dibelakang suami.

Mana ada muslimah yang lebih hebat daripada Khadijah RA, Aisyah RA, Fatimah RA, Asma RA, Sumaiyyah RA, dll ummul mukminin dan sahabiyah dizaman nabi SAW. Merekalah umat yang terbaik dalam beragama namun kita melihat perjuangan/fokus mereka masih tak lari dan berkait dengan rumahtangga, suami dan anak-anak disamping mempertahankan aqidah dan Islam bersama rasulullah SAW.

Itulah medan sebenar wanita, mereka boleh menceburi apa jua bidang tetapi mereka harus cemerlang di medan keluarga dan teguh di belakang suami !
Amiratun Nadhirah

Tuesday, 1 April 2014

PENGUMUMAN


Ust Abd.Ghani Abd.Rahman(imam 3 MBR) bercadang melakukan umrah pada 30 mei 2014 nanti(cuti sekolah), kepada para jemaah, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang ingin ikut serta bolehlah menghubungi ustaz di nombor 014 8206056.program umrah ini akan dipimpin sendiri oleh ustaz Abd.ghani. ان شاء الله