Saturday, 4 January 2014

Koperasi

    1     SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI


         Pada 31 Mei 2011, seminar penubuhan Koperasi Kariah Masjid-Masjid di Pahang  telah
     dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pejabat Agama Islam Pahang dan  ANGKASA  di Hotel Grand Continental Kuantan Pahang.

        Seluruh masjid digalakkan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid bagi   meningkatkan lagi sosio, ekonomi dan budaya  masyarakat setempat.
        Pada 12 Feb 2012 mesyuarat telah melantik 15 AJK PENAJA bagi mengurus proses kelulusan penubuhan koperasi masjid.
        Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan telah diadakan pada 10 Mei 2012.
        Koperasi Kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan Kuantan Berhad telah didaftarkan dengan SKM pada 10 September 2012.

2.     OBJEKTIF PENUBUHAN KOPERASI
  Membantu meningkatkan pendapatan ahli kariah yang kurang berkemampuan melalui aktiviti perniagaan.
      Membantu, melatih dan membimbing ahli kariah tentang ilmu perniagaan.
      Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan di Masjid.
      Menambah dana kewangan Masjid melalui perkongsian keuntungan perniagaan.

3.  MAKLUMAT KOPERASI


1. Nama Koperasi


     Koperasi Kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Kuantan Berhad

2.  Alamat
     Masjid Saidina Othman Ibn Affan
     Bukit Rangin,  Permatang Badak
     25150 Kuantan

3. Kawasan Operasi

    Kawasan operasi Koperasi ialah Kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Kuantan

4. Aktiviti
     ~Menjalankan aktiviti pertanian/perniagaan industri asas tani.
     ~Aktiviti kebajikan anggota
     ~Mengadakan aktiviti berfaedah

5. Anggota (Ahli)

     Jumlah anggota sehingga Januari 2014 ialah seramai 109 orang.

6. Fi

     RM 20.00 sahaja setiap anggota

7. Syer
     RM 100.00 sahaja (minimum) setiap anggota


4.  ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)


1.      Pengerusi               Ruzman Yusoff


2.      Setiausha                  Mohd Rosli Kelan
3.      Bendahari                 Abd Aziz Kasim
4.      AJK                         Abd Ghani Abd Rahman (Ust)
                                      Abd Ghani Abd Rahman
                                      Ghazali Hassan
                                      Hasnah Mohd Jamil
                                      Mohd Aminallah Chu
                                      Mohamad Hisham Abd Razak
                                      Norman Mohd Nor
                                      Omran Mt Ali
                                      Saadiah Abu Bakar
                                      Wan Zawawi Wan Mustafa


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Projek Koperasi :

       Ramadhan








 















                                                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------
MAULIDUR RASUL 1435H

Koperasi telah sama-sama menyertai perarakan Maulidur Rasul yang telah anjurkan oleh pihak Masjid Saidina Othman Ibn Affan pada 14  Januri 2014 (Selasa)

Dalam pertandingan perarakan, Koperasi telah berjaya mendapat tempat kedua. Terima kasih kepada semua terlibat dan terima kasih juga kepada pembawa sepanduk Koperasi.














Surah Al Kahfi




Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi 

Pada Hari JumaatSurah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. 

Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. 

Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam

Friday, 3 January 2014

Solat Sunat Witir


www.majalah-alkisah.com
Solat Witir merupakan solat sun­at 
yang sangat ditekankan. Waktunya 
adalah  setelah melakukan shalat
 Isya sampai terbit  fajar, yakni saat 
datang waktu shalat Subuh. Ketika
 telah  terbit fajar, berakhirlah waktu 
shalat Witir. Jika seseorang  
melakukan shalat Isya dengan jamak 
taqdim di waktu maghrib, misalnya
 karena sedang dalam perjalanan, 
ia su­dah boleh melakukan shalat Witir 
setelah melakukan shalat Isya walaupun 
waktu shalat Isya belum masuk.
Mengenai kesunnahan shalat Witir, 
dalam hadits dikatakan, “Witir itu haq 
atas setiap muslim.” Artinya, shalat 
Witir itu kuat kesunnahannya, dengan
 kata lain sangat ditekankan untuk 
dilakukan .” Dan ia lebih utama daripada
 semua sha­lat  sunnah rawatib.
Sekurang-kurangnya shalat Witir itu
 satu rakaat. Tetapi Al-Imam An-Nawawi 
dalam kitab Al-Majmu‘ mengatakan,  “Se­kurang-kurangnya kesempurnaan shalat Witir itu
 tiga  rakaat, dan yang lebih sem­purna  lagi lima rakaat, lalu tujuh  rakaat, lalu sembilan rakaat.” 
Maka jika menger­jakannya  tiga rakaat, itu lebih utama dari­pada satu rakaat, jika lima  rakaat
 lebih utama dari tiga rakaat, dan seterusnya. Sedangkan sebanyak-banyaknya adalah sebelas 
rakaat.  Tidak boleh lebih dari se­belas rakaat. Namun jika ia menambah­kan dengan shalat-
shalat  lain, tidak apa-apa, meskipun telah melakukan shalat Witir sebelas rakaat.
Dalam kitab Hasyiyah al-Bajuri di­sebutkan, “Dan disunnahkan menjadi­kan Witir sebagai 
shalat malam yang ter­akhir, karena terdapat hadits shahih yang menyebutkan, ‘Jadikanlah
 akhir sha­latmu di waktu malam adalah shalat Witir.’ Maka jika seseorang memiliki 
ke­biasaan bertahajjud, shalat Witir dapat ditunda sampai ia bertahajjud. Jika telah
 melakukan shalat Witir kemudian berta­hajjud, tidaklah sunnah baginya mengu­langi 
Witir, bahkan tidak sah, karena ter­dapat hadits yang menyatakan, ‘Tidak ada dua 
Witir dalam satu malam.’
Dan melakukan shalat Witir di akhir malam itu lebih utama, yaitu bagi orang yang 
yakin dapat bangun di akhir malam. Sedangkan orang yang tidak yakin dapat bangun 
di akhir malam, hendaklah me­lakukan Witir di awal malam, sebelum ti­dur. Dan barang 
siapa berharap dapat bangun malam di akhirnya, hendaklah ber­witir di akhir malam. 
Karena sesung­guhnya shalat malam itu dipersaksikan oleh malaikat. Jika Witir itu 
dilakukan se­sudah tidur, shalat itu menjadi Witir dan Tahajjud sekaligus.”
Dalam kitab Fathul Mu‘in dikatakan, “Ada dikatakan orang (pendapat yang tidak kuat) 
bahwa yang utama adalah melakukan shalat Witir sebelum tidur secara mutlak, kemudian
 bangun malam dan melakukan shalat Tahajjud, berda­sarkan ucapan Abu Hurairah,
 “Rasulullah SAW memerintahkan aku melakukan sha­lat Witir sebelum tidur.” Maksud
 “se­cara mutlak” dalam perkataan pengarang Fathul Mu‘in di atas adalah baik bagi 
orang yang yakin dapat bangun di akhir malam untuk melakukan shalat Witir mau­pun 
bagi orang yang tidak 
yakin da­pat bangun malam.
Mengenai surah-surah yang dibaca, dalam kitab Fathul Mu‘in juga dikatakan, “Jika 
seseorang melakukan  shalat Witir tiga rakaat, disunnahkan baginya di ra­kaat pertama
 (setelah Al-Fatihah) mem­baca surah Al-A‘la, di rakaat kedua mem­baca surah Al-Kafirun, 
dan di rakaat ke­tiga membaca surah Al-Ikhlash dan Al-Mu‘awwidzatain 
(Al-Falaq dan An-Nas).”

TM Solat Jumaat 3 Jan 14



























Fadhilat Surah Al Waq'iah




سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.    Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.    Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari          
       kemiskinan selamanya
.
3.    Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan
       dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.    Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya   
       khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.    Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat
       Subuh
dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan
       dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.    Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
  .
.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.


Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Sumber Artikel