Monday, 19 September 2016

Zaman Fitnah

ضوابط وقواعد يحتاجها المسلم في زمن الفتن
*******************************
01 :لا تتبع العاطفة وقيِّدها بالشرع
02 : التثبت في النقل وعدم التعجل
03 : إيَّاك والجهل واحرص على العلم والتعلم
04 : عند الاختلاف، إياك والصغار والزم الكبار
05 : إياك والأمور الحادثة والزم السنة
06 : إياك أن تقترب من الفتنة وابتعد عنها
07 : منع الفتنة أسهل من رفعها
08 : احذر الهوى عندما تأخذ بالفتوى وخذ بما أضاءه الدليل
09 : إن كنت عامياً لا تأخذ الفتوى بالتشهي وقلِّد الأعلم
10 : إيَّاك والتقلب واثبت على الدين بنور القرآن والسنة
11: لا تنازع النصوص بما تريد واجعل ما تريد على وفق النصوص
12 : احذر الفرقة والزم الجماعة
13 : إياك والظلمة والشر والعذاب والزم العدل وأهله والخير وأهله
14 : لا تتطلب الفتن واستعذ بالله من شرها
15 : لا تغتر بزخرفة الفتن وانظر إلى حقيقتها ببصيرة المؤمن
16 : احذر الغلو والزم الاعتدال
17 : احذر العقوق وأدي الحقوق
18 : احذر قصر النظر واعرف الحق بأصله وأثره
[من شرح كتاب الفتن وأشراط الساعة من صحيح الإمام مسلم، الشريط24 – للشيخ سليمان بن سليم الله الرحيلي حفظه الله
Garispanduan Dan Kaedah (Manhaj) Yang Diperlukan Oleh Seorang Muslim Ketika Berada Di Zaman Fitnah:

1) Jangan ikut perasaan, sebaliknya ikatkan ia dgn syariat.
2) Pastikan kesahihan dalam nukilan dan tidak tergesa-gesa.
3) Jauhi kejahilan, sebaliknya utamakanlah ilmu dan pengajian.
4) Elakkan pendapat tidak matang dari org muda ketika khilaf,  sebaliknya lazimilah pendapat para ulama besar.
5) Jauhilah perkara2 baru (bidah) dan lazimilah sunnah.
6) Jgn dekati perkara2 fitnah, sebaliknya jauhkan diri darinya.
7) Mencegah fitnah itu lebih mudah daripada menghilangkannya.
8) Berhati2lah dgn pengaruh hawa nafsu ketika  berfatwa, sebaliknya berfatwalah dgn apa yg disuluh oleh dalil.
9) Sekiranya kamu orang awam, jgn pandai2 berfatwa ikut selera nafsu, sebaliknya bertaqlidlah kpd yg lebih tahu.
10) Elakkan pendirian yg berbolak balik, sebaliknya tetaplah di atas agama ini dgn suluhan daripada balikan cahaya Al-Quran & Sunnah.
11) Janganlah kamu tentang nas2 syarak dgn apa yg kamu mahu, sebaliknya jadikanlah apa yg kamu inginkan itu menepati nas2 tersebut.
12) Awasilah perpecahan dan lazimilah jamaah.
13) Jauhilah kegelapan, keburukan dan penyeksaan, sebaliknya lazimilah keadilan serta para ahlinya dan kebaikan serta para ahlinya.
14) Jangan kamu sengaja mencari fitnah, sebaliknya mohonlah perlindungan dgn Allah dari keburukannya.
15) Jgn kamu percaya pd hiasan fitnah, tetapi lihatlah kpd hakikatnya melalui pandangan mata hati seorng mukmin.
16) Awasilah sikap ghuluw (melampau) dan lazimilah kesederhanaan.
17) Awasilah penderhakaan dan tunaikanlah hak kewajipan.
18) Awasilah cetek pengamatan dan kenalilah asal usul kebenaran serta kesannya.

[Huraian Kitab al-Fitan Dan Tanda2 Kiamat dari Sahih Muslim - kaset 24 - oleh Syeikh Sulaiman bin Sulaim al-Ruhaili Hafizahullah.

Terjemahan al-Fadhil Dr Azwira hafizahullah.
19-Sep-2015

Monday, 18 January 2016

Berbohong yg dibenarkan

Benarkah dibenarkan menipu suami/isteri?

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " لاَ يَحِلُّ الْكَذِبُ إِلاَّ فِي ثَلاَثٍ يُحَدِّثُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ لِيُرْضِيَهَا وَالْكَذِبُ فِي الْحَرْبِ وَالْكَذِبُ لِيُصْلِحَ بَيْنَ النَّاسِ "
Daripada ‘Asma bte Yazid radiallahu ‘anha, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak halal berbohong kecuali dalam tiga keadaan: Perkataan seorang suami kepada isterinya agar isterinya gembira, berbohong ketika perang, dan berbohong untuk mendamaikan manusia. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Birr wa al-Silah, hadis no: 1939, hadis hasan]

Ummu Kalthum mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا " .
Bukanlah pendustaan itu apabila dia mendamaikan antara manusia, dan dia berkata yang baik.

قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَىْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلاَّ فِي ثَلاَثٍ الْحَرْبُ وَالإِصْلاَحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا .
Ibn Syihab berkata: Aku tidak mendengar sebarang keringanan dalam sesuatu untuk berdusta kecuali tiga perkara: Peperangan, mendamaikan manusia, dan perkataan seorang suami kepada isteri dan isteri kepada suami.
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, hadis no: 2605]

Imam an-Nawawi menerangkan dalam Syarah Sahih Muslim:

وَأَمَّا كَذِبُهُ لِزَوْجَتِهِ وَكَذِبُهَا لَهُ فَالْمُرَادُ بِهِ فِي إِظْهَارِ الْوُدِّ وَالْوَعْدِ بِمَا لَا يَلْزَمُ وَنَحْوُ ذَلِكَ ، فَأَمَّا الْمُخَادَعَةُ فِي مَنْعِ مَا عَلَيْهِ أَوْ عَلَيْهَا ، أَوْ أَخْذِ مَا لَيْسَ لَهُ أَوْ لَهَا فَهُوَ حَرَامٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .
Adapun berbohongnya suami kepada isterinya dan berbohongnya isteri kepada suaminya; yang dimaksudkan di sini ialah berbohong untuk menzahirkan rasa cinta untuk sesuatu yang sebenarnya tidak ada atau seumpamanya. Adapun menipu untuk menghalang haknya atau mengambil apa yang bukan haknya, maka itu merupakan perbuatan yang haram menurut kesepakatan ulama. Wallahua'lam.

Faedah hadis:

'Bohong' yang dimaksudkan di sini bukanlah menipu isteri untuk kepentingan diri. Sebaliknya ia lebih kepada aspek bergaul dan bergurau senda dengan isteri.

Contohnya, si isteri bertanya:

'Abang, sedap tak lauk hari ini saya masak?'

Lalu kita pun menjawab: 'Masya-Allah, sedap sangat. Pandai sayang masak'. Walaupun hakikatnya lauk itu mungkin masin sebab terlebih garam. Jadi, kita menjawab sebegitu rupa untuk menggembirakan isteri.

Adapun membohongi isteri untuk kepentingan diri sendiri, adalah terlarang.

Begitu juga si isteri, boleh jadi si suami akan bertanya selepas dia masak nasi goreng untuk si isteri: 'Macam mana nasi goreng abang?'. Lalu si isteri menjawab: 'Masya-Allah, sedap, macam Chef Wan' walaupun sebenarnya tawar sebab si suami tak pandai campur bahan.

Tuesday, 24 November 2015

Friday, 20 November 2015

Menerima tetamu

Para tetamu terdiri dari AJK masjid PPD kampung soi,kempadang perdana sedang mendengar taklimat dari pengerusi masjid MBR.

Thursday, 19 November 2015

Ilmu Dan Amal

[Menjadi Insan Berilmu]

Mencari ilmu tujuannya adalah untuk diamalkan. Lebih-lebih lagi jika ilmu tersebut merupakan ilmu yang diambil daripada hadith-hadith Nabi shllallahu 'alahi wasallam yang mengandungi seribu satu macam pengajaran berupa ibadah dan juga akhlak.

Adalah menjadi sesuatu yang ganjil orang yang mencari segunung ilmu tetapi tidak dapat menjadikannya orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah ta'ala.

Sedangkan orang soleh yang terdahulu menjadikan ilmu sebagai titik punca amal supaya dekat dengan Allah ta'ala. Soleh dan taqwa jadinya peribadi mereka. 

قَالَ المَرُّوْذِيُّ: قَالَ لِي أَحْمَدُ: مَا كَتَبْتُ حَدِيْثاً إِلاَّ وَقَدْ عَمِلتُ بِهِ، حَتَّى مَرَّ بِي أَنَّ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- احْتَجَمَ، وَأَعْطَى أَبَا طَيْبَةَ دِيْنَاراً، فَأَعطيتُ الحَجَّامَ دِيْنَاراً حِيْنَ احتَجمتُ. [سير أعلام النبلاء: 11/213]

Berkata Al-Marruzi: Ahmad (bin Hanbal) berkata kepada ku:
“Tidaklah aku menulis suatu hadith melainkan aku telah beramal dengannya, sehinggalah berlalu (hadith) Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbekam, lalu baginda memberikan Abu Toybah satu dinar (sebagai upah), lalu aku pun memberikan kepada tukang bekam satu dinar tatkala aku berbekam”

Kalau kita pula hendak menghitung, betapa banyak hadith-hadith baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang kita baca atau dengar, berlalu tanpa sempat kita amalkan.

Makanya kita bermuhasabah.