Saturday, 12 January 2013
Thursday, 10 January 2013
Apa Kata al-Qur’an Dan Bible
Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad)
yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada
Tuhan Ayah (Father - Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh
yang suci).
Di samping itu, Jesus Christ yang dimaksudkan oleh kepercayan ini adalah nabi Isa. Mereka (penganut Kristian) menganggap nabi Isa sebagai tuhan anak (anak tuhan) iaitu salah satu daripada tiga tuhan yang dimaksudkan...
Kepercayaan ini terdapat di dalam majority mazhab kristian. Baiklah, kita cuba teliti apa kata al-Qur’an dan bible sendiri berkenaan kepercayaan ini...
Al-Qur’an dan Bibile Menolak Kepercayaan Trinity:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Maidah: 73)
And one of the scribes came, and heard them questioning together, and knowing that he had answered them well, asked him, What commandment is the first of all? Jesus answered, The first is, Hear, O Israel; The Lord our God, the Lord is one. (Mark – 12: 28-29, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)
Nabi Isa Sebenarnya Adalah Salah Seorang Rasul Allah:
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". (as-Saff: 06)
And when he was come into Jerusalem, all the city was stirred, saying, Who is this? And the multitudes said, This is the prophet, Jesus, from Nazareth of Galilee. (Matthew – 21: 10-11, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)
Nabi Isa (Jesus) Menyatakan Hanya Allah Yang Wajib Disembah Di Dalam Bible:
Then saith Jesus unto him, Get thee hence, Satan: for it is written, Thou shalt worship the Lord thy God, and him only shalt thou serve. (Mark – 4: 10, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)
Seruan al-Qur’an Kepada Ahli Kitab (Yahudi Dan Kristian):
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (al-Maidah: 15)
Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan Yang benar Dengan Yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali Imran: 71)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Ali Imran: 64)
Wednesday, 9 January 2013
Selawat Syifa dan Doa Penawar
Selawat Syifa' & Doa Penawar
Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa
daripada Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan
kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau
selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.Selawat Syifa’ adalah seperti berikut:
Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit
Makanan Yang Baik Di sebut Dalam Al-Qurana , Hadis dan Rawatan Islam
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah
SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah
kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah
sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan Insya Allah
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya... Berusahalah
mencari penawar....
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja yang maha berkuasa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
Sumber Artikel
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja yang maha berkuasa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
Sumber Artikel
Rahmat Bulan Muharram
Setiap kali kita diberi peluang
berada pada gerbang tahun baru hijrah kita juga diberi peluang untuk kesekian
kalinya berada pada bulan pertama dalam kalendar tahun hijri iaitu bulan
Muharram. Kasihnya Allah s.w.t kepada kita semua umat akhir zaman ini dalam
dilihat antaranya dengan melihat kepada kelebihan yang terdapat pada bulan
Muharram.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al Taubah ayat 36
bermaksud: “ sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi Allah s.w.t ialah dua
belas bulan, yang telah ditetapkn dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan
yang demikian itu ialah ugama yang lurus maka janganlah kamu menzalimi diri
kamu padanya”.
Nabi
s.a.w menjelaskan kepada kita nama empat bulan tersebut yang sebagaimana terkandung
dalam sabdanya yang bermaksud “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya
ada empat bulan haram. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara
Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679). Ini
menunjukkan bulan yang kita berada sekarang (Muharram) adalah antara empat
bulan yang dikategorikan sebagai bulan yang mesti dihormati. Soalannya
bagaimana cara menghormati
bulan-bulan tersebut?
Melihat
kepada apa yang terdapat dalam Al Quran Al Sunnah maka kita dapati di sana ada
dua cara kita menghormati bulan - bulan haram ini khusus pada bulan yang kita
berada sekarang:
Pertama dengan menjaga dan mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang
dikategorikan sebagai zalim yang menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah
s.w.t, ini sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud " janganlah
kamu menzalimi diri kamu padanya ( bulan
- bulan haram)"- surah At taubah ayat 36.
Kedua mengikuti teladan nabi s.a.w dalam memuliakannya dan
menghormatinya. Ini dapat dilakukan dengan melihat apakah petunjuk dan perlakuan baginda nabi s.a.w untuk kita contohi
dan kita amalkan khususnya pada bulan ini, Sabda nabi s.a.w maksudnya:"Berpuasa
pada hari ‘Asyura (sepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah
SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya." riwayat
muslim.
Melihat kepada ganjaran yang tersebut itu pastinya ia memberikan
dorongan yang besar kepada orang yang mengutamakan keredhaan Allah s.w.t dalam
hidupnya untuk merebut peluang dan kelebihan itu dengan melakukan ibadah puasa
pada hari tersebut. Oleh Itu marilah sama-sama kita merasai bahawa kurniaan
Allah s.w.t pada bulan muharram ini merupakan satu rahmat, sebagai tanda
kebesaran dan kasih sayangnya kepada kita semua. Maka rugi dan sia-sialah orang
yang yang tidak ada keinginan merebut rahmat Allah s.w.t dan membiarkan ia
berlalu begitu saja.Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka yang
rugi itu.
Abdul
Ghani Abdul Rahman
Imam 3 MBR
Subscribe to:
Posts (Atom)







