Tuesday 14 January 2014

Perarakan Maulidur Rasul 2014



14 Januari 2014 (12 Rabiul Awal 1435 H) Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bukit Rangin, Kuantan telah berjaya mengadakan satu perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai perbarisan kali ini iaitu:
      1.    Koperasi Kariah MSOIA
      2.    Biro Hal Ehwal Wanita MSOIA
      3.    Pelajar-pelajar Sar/Kafa
      4.    Institut Muhamadiah, Kg. Bukit Rangin
      5.    Sek. Men. Sungai Isap dan
      6.    Jemaah kariah Bukit Rangin (lelaki dan Perempuan)

Majlis sambutan dirasmikan oleh Cikgu Azmi bin Othman Pengerusi AJK MSOIA . Dalam ucapannya beliau merakamkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta yang hadir. Beliau mengharapkan sambutan yang sebegini akan diteruskan pada masa akan datang demi menunjukkan rasa kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW. 

Acara ini adalah acara yang keempat setelah pada malam sebelumnya satu ceramah telah diadakan di dalam masjid dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nuri Ali bekas peserta program realiti Astro Imam Muda siri 1, bertajuk "Sirah Dijunjung, Kepimpinan Disanjung". 

Kemudian selepas ceramah, satu lagi program khas untuk belia diadakan dibawah kendalian Ustaz Zaki, Seramai 34 orang belia mengambil bahagian dan diikuti peserta dikehendaki bermalam di masjid. Pukul 4.15 pagi program qiamullail diadakan di bawah pimpinan Ustaz Norman.

Di samping perarakan, satu pertandingan sepanduk juga diadakan dimana Johan dimenangi oleh pasukan Sek. Men. Sungai Isap, kedua, dimenangi oleh Koperasi Kariah MSOIA dan ketiga Biro Hal Ehwal Wanita MSOIA.

Seterusnya satu persembahan lagi diadakan oleh pelajar-pelajar Sar/Kafa iaitu Azan, Hafazan dan pentomen berkaitan dengan solat Subuh.

Majlis berakhir pukul 11.00 dengan jamuan makan tengah hari.



No comments: